Showing posts with label Renungan sejeNak. Show all posts
Showing posts with label Renungan sejeNak. Show all posts

:.Tiba Jua saaT itu.:

>> Saturday, November 19, 2011



Kisah Suka duka kami di Bumi ulul Albab ini bermula pada tanggal 10Julai 2006.
Bermula dengan 21 oranG kami cuba menempuh onak dan duri untuk menjadi seorang Guru . Panas yang disangka sampai ke petang tidak kesampaian pabila Hujan turun ditengah hari. Seorang Ahli kami terpaksa meninggalkan perjuangan ini dan meninggalkan kami meneruskan perjuangan ini dengan 20 orang, 10 lelaki dan 10 perempuan.

Bermula dengan 2 orang tutor, Ayah wan (encik Wan Azmi ) dan Encik Anuar. namun jodoh kami tidak lama apabila PAPA (encik Zaid) hadir dalam perjuangan kami pada 2008 saat kami melangkah ke program Ijazah. Hadirnya papa untuk menjadi pelindung dan pembimbing kami selama 4 tahun. Papa sangat memahami kenakalan anak-anaknya serta sabar dengan seribu satu karenah anak-anak termasuklah mengiringi anak-anak berdepan "POLIS" apabila anak-anak ditangkap atas kesalahan "jenayah"....

ni la PAPA kami......

Selama 5tahun bersama, banyak nostalgia yang dikumpul bersama. Ada gelak tawa, ada esak tangis, ada masam manis dan macam2 lagi. namun semua itu akan menjadi lipatan sejaran buat kita semua untuk menempuh satu dunia baru yg lebih mencabar.

2006


2008


2009


2010

2011


Tepat Jam 5 petang 14 November 2011, kami menamatkan ujian terakhir untuk kami menjadi seorang guru dan saat-saat perpisahan mula dapat dihitung dengan jari. Buat Teman sekalian, meskipun perpisahan berlaku nanti namun biarlah segala kenangan serta nostlagia yang kita alami bersama dibawa hingga ke akhir hayat dan kita KEKAL sebagai seorang KAWAN hingga ke akhir hayat.

Gambar KenangaN selepas Exam Last

SEmoga Pertemuan singkat antara kita akan membina ukhuwah selamanya kerana Sekali berKAWAN kita KAWAN selamanya. Semoga kita semua berjaya dalam bidang perguruan ini dan menjadi seorang GURU yang menyayangi dan disayangi.

Terima Kasih Buat semua pensyarah-pensyarah di IPGKSM yang banyak menabur ilmu kepada kami, staf-staf IPGKSM, Makcik dan pakcik pekerja swasta, Tukang-tukang masak kat cafe dan Kantin, rakan-rakan serta semua yang sering membantu sepanjang pengajian kami. Halalkan segala ilmu, makan, minum serta maafkan kami atas kekurangan serta kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang kami berada di sini. Jasa kalian hanya ALLAH yang dapat membalasnya

Read more...

Mengapa dan MengApa?????

>> Sunday, September 20, 2009

Pada suatu masa, Abu nawas telah bersiar-siar. Setelah kepenatan, Abu Nawas pun berehat di bawah sepohon pokok badam dan di hadapannya terdapat sepokok labu yang menjalar serta mempunyai buah yang sungguh besar.

Melihat kepada saiz kedua-dua buah labu dan badam itu, terdetik di hati Abu Nawas: "maha suci Allah, engkau ciptakan buah labu yang begitu besar ini dari pokoknya yang kecil dan menjalar di bumi, dan engkau jadikan pula buah badam dari batang dan dahannya yang besar.

Sedang Abu Nawas memikirkan tentang mengapalah Allah menciptakan pokok-pokok itu sedemikian rupa, tiba-tiba sebiji buah badam jatuh di atas kepalanya. "Adus"!. Abu Nawas menjerit kerana terkejut. Apabila mendapati yang jatuh di atas kepalanya tadi buah badam,anggota badan Abu Nawas terus menggeletar. Die mula menjadi takut.

Lalu Abu Nawas bermunajat kepada Allah: "ya allah, aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku tidak masuk campur lagi urusan ciptaan engkau. Sesungguhnya tiap kejadianmu ada hikmah disebaliknya.

"Ya Allah, mulai hari ini aku tidak akan mempertikaikan segala kejadian yang telah engkau ciptakan. kalaulah engkau jadikan buah labu diatas pokok yang besar ini dan jikalau buah badam yang jatuh itu adalah labu, maka sudah pasti aku sekarang ini di ambang maut "

p/s: janganlah kita mempertikaikan ketentuan illahi kerana setiap kejadian ada hikmah disebaliknya.

Read more...

Kau SaHabat kau TemaN.

>> Thursday, August 27, 2009

Indahnya saaT kita BersaMa

Berpesan Al Qomah kepadanya, "Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat yang berikut: 1


1.jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.


2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia akan segera mengusahakannya.

3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.
4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.

5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.

6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.


7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah ia membalasnya kembali.


8. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.

9. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.


10. Jika kamu berselisih faham dengan teman
mu itu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.



kiT
a kemBaLi kepaDa sUnNah:...
Sahabat Rasulullah, Saidina Ali ada berkata: "Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di samping kamu. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatan kamu. Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluan kamu. Sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kepentingan kamu."


bUat sahaBat sekalian,
jadikahlah ikaTan yg Kita Bina diSini
IkaTan Yg Tiada hUjunGnya

JadiLah sahabaT yang Hadirnya dinanTi
pErginya di RinDui

saHabat,
suKa dan duKa kita Harungi
tawA dan RianG kita Tempuhi
deMi menggapai suruhan IllaHi
kau sahaBat kau TemaN...





Di cari gali di sini

Read more...

Bila guRu menGuji murId....

>> Sunday, August 23, 2009

Ada sekumpulan pelajar dari Medical School tahun satu sedang menjalani anatomy class [ilmu urai tubuh] dengan menggunakan tubuh mayat. Mereka berkumpul didepan mayat yand diletakkan diatas meja yang ditutupi selimut putih. Profesor memulakan kelas dengan berkata dengan lantang Untuk menjadi doktor yang berkualiti kamu mesti mempunyai dua kualiti yang bagus.yang pertama kamu mesti tidak jijik atau mual dengan apa-apa yang merangkumi tubuh manusia Dan selepas profesor itu berkata die menarik selimut mayat tersebut dan menyumbat jari nya kedalam hidung mayat tersebut dan menarik nya kembali dan terus menghisapnya.

Ok.semua buat macam saya buat tadi.Semua pelajar terkejut,tergamam,takut semua ade,dan beberapa minit kemudian seorang demi seorang pelajar menyumbat jari mereka dan menghisapnya seperti apa yang profesor mereka lakukan.Setelah semua pelajar selesai.Profesor memandang semua pelajarnya dan berkata Kualiti yang kedua untuk menjadi doktor yang bagus ialah observation [penilikan], saya menyumbat dengan jari tengah saya dan menghisap jari telunjuk saya, sekarang belajar untuk memberi perhatian yang lebih.

so, dalam menimba ilmu pengetahuan kita perlulah tekun dan sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya pada pembelajaran.

Read more...

sAlah Cikgu Math ke???

>> Monday, August 17, 2009

Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya. Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?.

Tanya gurunya. RM 1 cikgu!. jawab murid itu spontan. salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang. mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?.

Amer tetap memberi jawapan RM1 Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata; kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!

Read more...

kaU kembaLi lagi...

>> Thursday, August 13, 2009

Ramadhan Datang lagi... Rinduku mengamit lagi...

Untuk mengetahui berapalah harga Satu Tahun,
Tanyakan pada seorang yg mencintai ramadhan
Baru semalam syawal berlalu...kini Ramadhan datang lagi.
Baju raya dulu masih baru lagi...baru beberapa kali di sarungkan dibadan

Untuk mengetahui berapalah harga Satu Bulan,
Tanyakan pada seorang Ibu yang melahirkan
bayi prematur (yg anaknya meninggal).

Untuk mengetahui nilai Satu Minggu,
Tanyakan pada sehelai baju jubah
Yang sering kamu pakai utk solat jumaat
(rasanya baru semalam aku pakai baju ini)

Untuk mengetahui nilai Satu Hari,
Tanyakan pada seorang buruh harian
yang punya12 anak untuk diberi makan.

Untuk mengetahui nilai Satu Jam,
Tanyakan pada kekasih yang menunggu
waktu untuk bertemu dgn pemilik dicintainya

Untuk mengetahui nilai Satu Minit,
Tanyakan pada seorang yang ditinggal pesawat.
sedang tiketnya hangus...dan luputnya tempat yg perlu dia tuju

Untuk mengetahui nilai Satu saat,
Tanyakan pada seorang yang selamat dari kecelakaan.

Untuk mengetahui nilai Satu Milidetik
Tanyakan pada seorang yang gagalmemecahkan rekod Olympic
walaupun bezanya o.o1 saat

Untuk mengetahui nilai sebuah kehidupan
Tanyakan kepada orang yang sedang diambang kematian (nazak)
Menunggu untuk dipadamkn semua pancaindernya utk selama-lamanya...
Seluruh kehidupannya berkumpul dlm mindanya pada saat itu.

"Ya Allah jadikanlah aku insan yg memanafaatkan masaku sebaik2nya. Berkatilah umurku atas jalan kebaikan. Jadikanlah setiap nafas tarik dan hembusku adalah dalam kerahmatanMu dan keberkatanMU...Ampunilah aku atas semua kealpaanku itu. jadikanlan aku sebaik2 manusia dan bermanafaat. Kirniakanlah esokku adalah lebih baik dari hari ini dan hari ini kebih baik dari semalam."

sumber: Tuan Haji zulkifli (RnD IpgmKsm)

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP