Ucapan Salam Perpisahan Buat Senior

>> Saturday, November 27, 2010

Entry kali ini adalah khas buat senior matematik ambilan Januari 2007. Video ucapan salam perpisahan kami hadiahkan buat abang-abang dan kakak-kakak senior sekalian. Semoga ianya menjadi kenangan buat kita semua. Ikhlas buat kalian daripada kami Pismp Matematik Januari 2008.


Read more...

Selamat Maju Jaya

>> Monday, November 15, 2010



PISMP MATH 07


Dedikasi ini ditujukan khas buat abang-abang dan kakak-kakak PISMP Januari 2007 terutamanya PISMP Matematik yang akan melangkah ke luar daripada IPG tercinta ini dengan penuh penghormatan dan kemegahan setelah 5tahun setengah menimba segala ilmu, melalui pelbagai pengalaman dan mengharungi segala rintangan sepanjang bergelar GURU PELATIH.

Semoga kalian ditempatkan di kawasan yang diidamkan dan berjaya menjadi seorang GURU yang CEMERLANG yang meletakkan AGAMA sebagai panduan utama kehidupan kalian dan kami juga.

Kami unit Pismp Matematik Januari 2008 memohon seribu kemaafan atas segala kekhilafan yang kami lakukan sepanjang perkenalan kita di sini. Kami doakan kalian semua berjaya dalam bidang perguruan ini dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang baik. Akhir kalam, selamat menempuh alam pekerjaan dan selamat maju jaya.


p/s: Sentiasa menjaga nama baik IPGKSM tercinta ini


Unit Rekabentuk dan Teknologi 2

Unit Rekabentuk dan Teknologi 1


Pendidikan Jasmani dan Kesihatan


Pengajian Sosial

Read more...

MalAm Tautan Ukhuwah 2010

>> Monday, November 8, 2010

...kelUarGa Kami...

Setiap kelahiran akan diiringi dengan kematian dan setiap pertemuan pastinya diakhiri dengan PERPISAHAN. Ahli keluarga MATEMATIK telah mengadakan satu majlis perpisahan sempena "pemergian" abang-abang dan kakak-kakak PISMP Sem8 MAtematik yang akan menamatkan pengajian mereka kurang daripada 10 hari lagi. Majlis yang berlangsung santai dengan tema TALI LEHER ini dihadiri oleh pelajar Semester 6 dan PPismP semester1 di Dewan Ibn KHaldun, Hotel IPGKSM Beach Resort.

Banyak kenangan yang kami lalui bermula 2006 hingga kini. Merekalah tempat rujukan kami dan menjadi inspirasi kepada kami sejak dulu hingga kini. 4 tahun kami lalui segala suka dan duka sebagai guru pelatih MAtematik dan kini kami meratapi pemergian mereka dan pastinya merindui gelak tawa bersama mereka. Semoga kenangan kita semua menjadi sebahagian daripada sejarah hidup kalian dan diingati sehingga akhir hayat.

Malam Tautan Ukhuwah ini disajikan dgn sedikit jamuan dan beberapa aktiviti yang menarik. Pelajar semester 8 amat "sporting" dgn arahan yang diberikan oleh kami dan malam ini berlakunya "BULI BALIK" pd mereka yang "membuli" kami sewaktu minggu orientasi dahulu..ehhehehe...

Buat ABANG-ABANG dan KAKAK-KAKAK yang akan melangkah ke AREna Perguruan tidak lama lagi, kami di sini mendoakan agar kalian menjadi GURU yang CEMERLANG dan tabah dalam menghadapi rintangan serta dugaan dalam bidang yang kita semua sertai ini. Jadikan segala pengalaman serta ilmu yang diperolehi daripada BUmi bertuah ini sebagai pedoman utk menempuh liku-liku kehidupan mendatang. Akhir kata, SELAMAT MAJU JAYA .

Aksi-aksi Sekitar MalaM Tautan UkhuwaH 2010

PismP sem 6

AkTivitI:



Free sTyle:




Tautan KasiH :


SkandaL MalaM jamuaN:


Read more...

SaLam ImtiHaN & SaLam PepeRikSaAn..

>> Tuesday, November 2, 2010

Demam peperiksaan akhir semester telah melanda semua IPG di seluruh Malaysia. Tidak ketinggalan bagi kami guru pelatih matematik IPG Kampus Sultan Mizan yang akan menduduki peperiksaan akhir semester seperti dalam jadual di bawah:

Di sini, kami ingin mengucapkan seLaMat menDudUki peperikSaaN aKhir SemestEr bagi semua guru pelatih di seluruh negara.

Semoga kita semua dapat menjawabnya dengan hati yang tenang dan diberikan kejayaan nanti.

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP