Showing posts with label DeDikAsi. Show all posts
Showing posts with label DeDikAsi. Show all posts

:.Tiba Jua saaT itu.:

>> Saturday, November 19, 2011



Kisah Suka duka kami di Bumi ulul Albab ini bermula pada tanggal 10Julai 2006.
Bermula dengan 21 oranG kami cuba menempuh onak dan duri untuk menjadi seorang Guru . Panas yang disangka sampai ke petang tidak kesampaian pabila Hujan turun ditengah hari. Seorang Ahli kami terpaksa meninggalkan perjuangan ini dan meninggalkan kami meneruskan perjuangan ini dengan 20 orang, 10 lelaki dan 10 perempuan.

Bermula dengan 2 orang tutor, Ayah wan (encik Wan Azmi ) dan Encik Anuar. namun jodoh kami tidak lama apabila PAPA (encik Zaid) hadir dalam perjuangan kami pada 2008 saat kami melangkah ke program Ijazah. Hadirnya papa untuk menjadi pelindung dan pembimbing kami selama 4 tahun. Papa sangat memahami kenakalan anak-anaknya serta sabar dengan seribu satu karenah anak-anak termasuklah mengiringi anak-anak berdepan "POLIS" apabila anak-anak ditangkap atas kesalahan "jenayah"....

ni la PAPA kami......

Selama 5tahun bersama, banyak nostalgia yang dikumpul bersama. Ada gelak tawa, ada esak tangis, ada masam manis dan macam2 lagi. namun semua itu akan menjadi lipatan sejaran buat kita semua untuk menempuh satu dunia baru yg lebih mencabar.

2006


2008


2009


2010

2011


Tepat Jam 5 petang 14 November 2011, kami menamatkan ujian terakhir untuk kami menjadi seorang guru dan saat-saat perpisahan mula dapat dihitung dengan jari. Buat Teman sekalian, meskipun perpisahan berlaku nanti namun biarlah segala kenangan serta nostlagia yang kita alami bersama dibawa hingga ke akhir hayat dan kita KEKAL sebagai seorang KAWAN hingga ke akhir hayat.

Gambar KenangaN selepas Exam Last

SEmoga Pertemuan singkat antara kita akan membina ukhuwah selamanya kerana Sekali berKAWAN kita KAWAN selamanya. Semoga kita semua berjaya dalam bidang perguruan ini dan menjadi seorang GURU yang menyayangi dan disayangi.

Terima Kasih Buat semua pensyarah-pensyarah di IPGKSM yang banyak menabur ilmu kepada kami, staf-staf IPGKSM, Makcik dan pakcik pekerja swasta, Tukang-tukang masak kat cafe dan Kantin, rakan-rakan serta semua yang sering membantu sepanjang pengajian kami. Halalkan segala ilmu, makan, minum serta maafkan kami atas kekurangan serta kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang kami berada di sini. Jasa kalian hanya ALLAH yang dapat membalasnya

Read more...

ResT in PeaCe....

>> Saturday, March 12, 2011

10 March 2011, IPG kampus Sultan Mizan digemparkan dengan insiden kemalangan maut yg melibatkan 4 orang pelajar PPISMP drpd kampus ini dan lebih memilukan apabila kemalangan ini melibatkan pensyarah yg juga dr kampus ini. (SINAR HARIAN)

Kami PISMP Matematik Semester 7 mewakili JabataN MatemaTik IPG KSM mengucapkan takziah buat semua keluarga mangsa kemalangan. Semoga ahli keluarga mereka tabah dalam menerima ketentuan ini dan Semoga roh Mendiang bersemadi dengan aman.

Buat pensyarah, eNCIK ISMAIL dr Jabatan Pra Sekolah semoga cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa.


sinar harian, 12/3/2011


REsT in PEacE:

Joseph Phuah, Yap Sin Wei ,Goh Shu Win, M Iniyan

Read more...

SaYonaRa 2010 Aloha 2011.....

>> Friday, December 24, 2010



Skrg kita berada di PenghujunG 2010 dan jendela 2011 akan membuka lebaran baru buat kita semua kurang daripada seminggu shj lagi. 2010 banyak meninggalkan kenangan buat kami khususnya dlm meniti kehidupan sbg guru pelatih Matematik. Tahun 2010 jua merupakan tahun di mana kami semua merasai pengalaman menjadi guru kerana sudah menamatkan dua fasa praktikum dan insyaallah 2011 akan menjadi tahun terakhir buat kami untuk bergelar Guru Pelatih.

Semoga segala peristiwa, pengalaman ,ilmu serta nostalgia 2010 ini mematangkan kita baik dr segi ilmu pengetahuan, nilai persahabatan dan yang paling penting sikap keguruan . semoga 2011 yang bakal menjelma menjadikan kita terus tabah dan berusaha untuk menjadi insan GURU yang MULIA.

Peristiwa sepanjanG 2010 yang kami lalui serta harungi bersama :

1. RekreasI maTemaTik (KLIK)






2. MaThs at GyM ( KLIK)



3. "XPdC" Ke PulaU Rhu (KLIK)




4. FutsaL MatematIk (KLIK)


5.BerBuka Pose BersaMa



6. AidIlfitri bersaMa Bonda dan ayaHanda


7. HoKi Piala Tuan Haji OthmaN edisi ke 4 ( KETIGA)


8. Bina InsaN GURu ( SMK Seri BUdiman) KLIK


9. Jalan-jalaN Makan AngiN

AGRO reSOrT


PanTai MelawI


10. PameraN MatemaTik (KLIK)


11. MajLis PerpisaHan PlJr PISMP JAN 07
(KLIK)



p/s: semoga memori ini terpahat di sanubari kita semua

Read more...

Ucapan Salam Perpisahan Buat Senior

>> Saturday, November 27, 2010

Entry kali ini adalah khas buat senior matematik ambilan Januari 2007. Video ucapan salam perpisahan kami hadiahkan buat abang-abang dan kakak-kakak senior sekalian. Semoga ianya menjadi kenangan buat kita semua. Ikhlas buat kalian daripada kami Pismp Matematik Januari 2008.


Read more...

Selamat Maju Jaya

>> Monday, November 15, 2010



PISMP MATH 07


Dedikasi ini ditujukan khas buat abang-abang dan kakak-kakak PISMP Januari 2007 terutamanya PISMP Matematik yang akan melangkah ke luar daripada IPG tercinta ini dengan penuh penghormatan dan kemegahan setelah 5tahun setengah menimba segala ilmu, melalui pelbagai pengalaman dan mengharungi segala rintangan sepanjang bergelar GURU PELATIH.

Semoga kalian ditempatkan di kawasan yang diidamkan dan berjaya menjadi seorang GURU yang CEMERLANG yang meletakkan AGAMA sebagai panduan utama kehidupan kalian dan kami juga.

Kami unit Pismp Matematik Januari 2008 memohon seribu kemaafan atas segala kekhilafan yang kami lakukan sepanjang perkenalan kita di sini. Kami doakan kalian semua berjaya dalam bidang perguruan ini dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang baik. Akhir kalam, selamat menempuh alam pekerjaan dan selamat maju jaya.


p/s: Sentiasa menjaga nama baik IPGKSM tercinta ini


Unit Rekabentuk dan Teknologi 2

Unit Rekabentuk dan Teknologi 1


Pendidikan Jasmani dan Kesihatan


Pengajian Sosial

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP