:.Tiba Jua saaT itu.:
>> Saturday, November 19, 2011
Kisah Suka duka kami di Bumi ulul Albab ini bermula pada tanggal 10Julai 2006.
Bermula dengan 21 oranG kami cuba menempuh onak dan duri untuk menjadi seorang Guru . Panas yang disangka sampai ke petang tidak kesampaian pabila Hujan turun ditengah hari. Seorang Ahli kami terpaksa meninggalkan perjuangan ini dan meninggalkan kami meneruskan perjuangan ini dengan 20 orang, 10 lelaki dan 10 perempuan.
Bermula dengan 21 oranG kami cuba menempuh onak dan duri untuk menjadi seorang Guru . Panas yang disangka sampai ke petang tidak kesampaian pabila Hujan turun ditengah hari. Seorang Ahli kami terpaksa meninggalkan perjuangan ini dan meninggalkan kami meneruskan perjuangan ini dengan 20 orang, 10 lelaki dan 10 perempuan.
Bermula dengan 2 orang tutor, Ayah wan (encik Wan Azmi ) dan Encik Anuar. namun jodoh kami tidak lama apabila PAPA (encik Zaid) hadir dalam perjuangan kami pada 2008 saat kami melangkah ke program Ijazah. Hadirnya papa untuk menjadi pelindung dan pembimbing kami selama 4 tahun. Papa sangat memahami kenakalan anak-anaknya serta sabar dengan seribu satu karenah anak-anak termasuklah mengiringi anak-anak berdepan "POLIS" apabila anak-anak ditangkap atas kesalahan "jenayah"....
Selama 5tahun bersama, banyak nostalgia yang dikumpul bersama. Ada gelak tawa, ada esak tangis, ada masam manis dan macam2 lagi. namun semua itu akan menjadi lipatan sejaran buat kita semua untuk menempuh satu dunia baru yg lebih mencabar.
Tepat Jam 5 petang 14 November 2011, kami menamatkan ujian terakhir untuk kami menjadi seorang guru dan saat-saat perpisahan mula dapat dihitung dengan jari. Buat Teman sekalian, meskipun perpisahan berlaku nanti namun biarlah segala kenangan serta nostlagia yang kita alami bersama dibawa hingga ke akhir hayat dan kita KEKAL sebagai seorang KAWAN hingga ke akhir hayat.
SEmoga Pertemuan singkat antara kita akan membina ukhuwah selamanya kerana Sekali berKAWAN kita KAWAN selamanya. Semoga kita semua berjaya dalam bidang perguruan ini dan menjadi seorang GURU yang menyayangi dan disayangi.
Terima Kasih Buat semua pensyarah-pensyarah di IPGKSM yang banyak menabur ilmu kepada kami, staf-staf IPGKSM, Makcik dan pakcik pekerja swasta, Tukang-tukang masak kat cafe dan Kantin, rakan-rakan serta semua yang sering membantu sepanjang pengajian kami. Halalkan segala ilmu, makan, minum serta maafkan kami atas kekurangan serta kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang kami berada di sini. Jasa kalian hanya ALLAH yang dapat membalasnya
0 Diskusi anda Di sini:
Post a Comment