Showing posts with label kisah kami. Show all posts
Showing posts with label kisah kami. Show all posts

Selamat Bekerja : Di Sini Langkah Kita Bermula

>> Saturday, January 14, 2012

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera buat semua pembaca sekalian...

Alhamdulillah, tanggal 16 Januari 2012, kami serami 20 orang bekas guru pelatih matematik IPG Kampus Sultan Mizan akan memulakan tugas sebagai seorang guru. Bermula detik itu, masing-masing akan bertebaran di serata malaysia (yeke?) dalam memikul amanah sebagai guru.

Tanggal 9 Januari 2012, semua tak sabar2 nak tahu keputusan penempatan.. Duk tunggu2 dr pukul 2 ptg lagi, hingga pukul 3 ptg seperti yg dijanjikan, tp x kuar2 pun lagi result. Kata plop kul 5, tp habuk pun xde. dipostpone ke kul 8 malam, tunggu punya tunggu punya tunggu... nak dekat pukul 12 malam baru kuar result. Alhamdulillah, mungkin kami semua terkejut kot masa mula2 check result tue.. dan yang menangis pun ada kot.. sampaikan bengkak mata tue.. (siapa yg makan minum air, dia yg hilang dahaga) haha..



Lepas tgk2 semua result.. alhamdulillah, 17 orang drpd kami akan naik BELON ke SARAWAK BUMI KENYALANG, 2 orang ke NOGORI 9 dan seorang stay kt teganu jer... Bertuahlah tuan punya badan sape yg dapat semenanjung tue.. almaklumlah, yang dapat semenanjung tu semua dah kawen sebelum hantar borang posting lagi. Tahniah buat Lina yang dpt teganu, dapatlah sentiasa dekat dgn suami terchenta.. bleh la nnt kasi anak kedua or ketiga buat kuarga math ni..huhuh.. Dan tahniah juga buat pasangan Ghafar dan Humairah yang dpt NOgoRi 9.. Nanti bleh la terus berusaha untuk kami dapat anak buah kat sana.. HaHaHa.. dan buat GENG17 yang akan naik BELON nanti.. InsyaAllah, kita akan memikul tanggungjawab sebagai seorang guru di bumi asing bagi kita di sana nanti. InsyaAllah, ada hikmahnya kita semua ditempatkan di sana, dpt la juga belajar bahasa sarawak, mendalami kebudayaan sarawak dan yang paling penting dapat merasai pengalaman berkhidmat dan tinggal di sana. Peluang begini tidak semua orang yg dapat.. bila kita balik semenanjung nnt, bleh la kot kita ceritakan kisah2 kita kt sana kt anak2 cucu kelak.. haha..

dan insyaAllah, reunion pertama kita akan diadakan di SARAWAK nanti. so, sape2 yg duk semenanjung tu, bleh la tempah2 tiket belon nk ke sana nnti.. 

p/s: jumpa nnt di KLIA untuk GENG17.. semoga kita semua cekal di bumi asing di sana.. 



Read more...

:.Tiba Jua saaT itu.:

>> Saturday, November 19, 2011



Kisah Suka duka kami di Bumi ulul Albab ini bermula pada tanggal 10Julai 2006.
Bermula dengan 21 oranG kami cuba menempuh onak dan duri untuk menjadi seorang Guru . Panas yang disangka sampai ke petang tidak kesampaian pabila Hujan turun ditengah hari. Seorang Ahli kami terpaksa meninggalkan perjuangan ini dan meninggalkan kami meneruskan perjuangan ini dengan 20 orang, 10 lelaki dan 10 perempuan.

Bermula dengan 2 orang tutor, Ayah wan (encik Wan Azmi ) dan Encik Anuar. namun jodoh kami tidak lama apabila PAPA (encik Zaid) hadir dalam perjuangan kami pada 2008 saat kami melangkah ke program Ijazah. Hadirnya papa untuk menjadi pelindung dan pembimbing kami selama 4 tahun. Papa sangat memahami kenakalan anak-anaknya serta sabar dengan seribu satu karenah anak-anak termasuklah mengiringi anak-anak berdepan "POLIS" apabila anak-anak ditangkap atas kesalahan "jenayah"....

ni la PAPA kami......

Selama 5tahun bersama, banyak nostalgia yang dikumpul bersama. Ada gelak tawa, ada esak tangis, ada masam manis dan macam2 lagi. namun semua itu akan menjadi lipatan sejaran buat kita semua untuk menempuh satu dunia baru yg lebih mencabar.

2006


2008


2009


2010

2011


Tepat Jam 5 petang 14 November 2011, kami menamatkan ujian terakhir untuk kami menjadi seorang guru dan saat-saat perpisahan mula dapat dihitung dengan jari. Buat Teman sekalian, meskipun perpisahan berlaku nanti namun biarlah segala kenangan serta nostlagia yang kita alami bersama dibawa hingga ke akhir hayat dan kita KEKAL sebagai seorang KAWAN hingga ke akhir hayat.

Gambar KenangaN selepas Exam Last

SEmoga Pertemuan singkat antara kita akan membina ukhuwah selamanya kerana Sekali berKAWAN kita KAWAN selamanya. Semoga kita semua berjaya dalam bidang perguruan ini dan menjadi seorang GURU yang menyayangi dan disayangi.

Terima Kasih Buat semua pensyarah-pensyarah di IPGKSM yang banyak menabur ilmu kepada kami, staf-staf IPGKSM, Makcik dan pakcik pekerja swasta, Tukang-tukang masak kat cafe dan Kantin, rakan-rakan serta semua yang sering membantu sepanjang pengajian kami. Halalkan segala ilmu, makan, minum serta maafkan kami atas kekurangan serta kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang kami berada di sini. Jasa kalian hanya ALLAH yang dapat membalasnya

Read more...

RaYa teRbaiK SepaNjanG 5 TahuN setenGaH di IPG Kampus Sultan Mizan

>> Thursday, September 15, 2011


Alhamdulillah..

sepanjang 5 tahun setengah menuntut di Ipg Ksm dan sebanyak 6 kali menyambut raya di ipg ini, kali ini merupakan sambutan raya terhebat, terhangat, termeriah, tersempoi, terbest dan terbaik sepanjang kami berada di sini.

Majlis sambutan yang diadakan adalah berkonsepkan kelas terbuka (Open Class).
Jadi setiap kelas dikehandaki menyediakan juadah istimewa di setiap kelas masing-masing dan akan dikunjungi oleh mereka daripada kelas lain.

Kelas kami menyediakan 2 juadah istimewa utk para tetamu iaitu soto dan laksa pinang..
memang superb la tukang2 masak kelas ni..
sedap.. tu je yg boleh kata. bdk2 kelas lain pun puji.. hehe
memang geng2 MaThs is OuR LiFe ni suma boleh..serba boleh..
kalu kelas lain kebanyakan tempah dari luar, tp MaThs Is OuR LiFe, 100% 'hand made' org putih cakap.. haha

tp sebelum majlis bermula, satu-satunya kelas yg still teruskan sesi P&P adalah kelas kitoranglah.. betapa rajinnya kitorang ni.. haha..


JoM usHa-uSha gambar sepanjang majlis diadakan

Free StyLe

MenyeDiaKan juAdaH

KehadiRan TetaMu


MakaN-mAkaN

no title

AkSi-aKsI saNtaI

p/s: alhamdulillah.. sambutan raya paling meriah sebelum kami meninggalkan IPG.. gambar pun byk diambil utk sem last ni.. nantikan kemunculan citer2 hangat lain.. banyak event yg plan utk sem ni.. hehe.. =)

Read more...

KonVoi RayA MaThs ke KeLantaN & TerenGgaNu

>> Wednesday, September 14, 2011

Bermula kul 2.30ptg(khamis, 8 September 2011) dari besut dan berakhir kul 12.01pagi(sabtu, 10 September 2011) di besut keesokan harinya.. Untuk criter lebih detail.. bleh klik2 kt link ni.. (Klik Saya!)


Raya di rumah Izzat

Raya di rumah Ridhwan

Gambar di rumah Pa.. ni je gambar kt umah pa.. kamera habis bateri

Raya di rumah Ubai
umi dgn anaknya


Raya di rumah Hafiz
picnic di tasik sebelum solat jumaat..
acara wajib! bergambar dgn tuan rumah

Raya di rumah Halim
gambar reramai sebelum ke umah mei

Gambar di umah Mei.. ni je gmbar yg ada..

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP