Mengapa dan MengApa?????

>> Sunday, September 20, 2009

Pada suatu masa, Abu nawas telah bersiar-siar. Setelah kepenatan, Abu Nawas pun berehat di bawah sepohon pokok badam dan di hadapannya terdapat sepokok labu yang menjalar serta mempunyai buah yang sungguh besar.

Melihat kepada saiz kedua-dua buah labu dan badam itu, terdetik di hati Abu Nawas: "maha suci Allah, engkau ciptakan buah labu yang begitu besar ini dari pokoknya yang kecil dan menjalar di bumi, dan engkau jadikan pula buah badam dari batang dan dahannya yang besar.

Sedang Abu Nawas memikirkan tentang mengapalah Allah menciptakan pokok-pokok itu sedemikian rupa, tiba-tiba sebiji buah badam jatuh di atas kepalanya. "Adus"!. Abu Nawas menjerit kerana terkejut. Apabila mendapati yang jatuh di atas kepalanya tadi buah badam,anggota badan Abu Nawas terus menggeletar. Die mula menjadi takut.

Lalu Abu Nawas bermunajat kepada Allah: "ya allah, aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku tidak masuk campur lagi urusan ciptaan engkau. Sesungguhnya tiap kejadianmu ada hikmah disebaliknya.

"Ya Allah, mulai hari ini aku tidak akan mempertikaikan segala kejadian yang telah engkau ciptakan. kalaulah engkau jadikan buah labu diatas pokok yang besar ini dan jikalau buah badam yang jatuh itu adalah labu, maka sudah pasti aku sekarang ini di ambang maut "

p/s: janganlah kita mempertikaikan ketentuan illahi kerana setiap kejadian ada hikmah disebaliknya.

2 Diskusi anda Di sini:

Anonymous September 23, 2009 at 9:18 PM  

alhamduliilah.en3 ni sangat bagus n simple je.mudah untuk difahami n dpt sedarkn kita yg sering lalai

armouris October 5, 2009 at 6:37 AM  

info tentang khasiat labu kat sini - Labu Kaya Khasiat.

Update terkini isu-isu semasa kesihatan ada di infokesihatan@twitter.

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP