Al-Kisah Bermulalah Sebuah Cerita...

>> Saturday, August 8, 2009

Alkisahnya bermula pada tahun 2006 lagi. 10 Julai 2006 merupakan tarikh keramat bagi kami kerana pada tarikh itu merupakan pertemuan pertama kami. Hari tue masing-masing dengan muka tak bersalah memperkenalkan diri kepada yang lain. Huhu.. waktu tu semua muka budak-budak lagi. Bab kata orang ‘tak matured’ lagi. Hahaha.. dan bermula dari tarikh itulah kami akan bersama selama 5 tahun setengah di IPGM kampus sultan mizan ini.


Waktu muda-muda dulu, kitorang ini ada 2 orang tutor iaitu ayah wan dan abah anuar. Tapi bila masuk je degree ni kitorang juz ada seorang tutor je iaitu papa zaid. Hehe.. alkisahnya dulu, kitorang seramai 21 orang yang mana 11 orang jejaka macho dan 10 orang wanita melayu + *****. Hehehe…. Tapi disebabkan rezeki seorang kawan kami tue tidak lama bersama kami, jadi dia terpaksa dikeluarkan oleh sebab-sebab tertentu. Jadi kami sekarang tinggallah 20 orang yang mana jejaka 10 orang dan anak gadis 10 orang.


Selepas lebih 3 tahun kami bersama, boleh dikatakan setiap fi’il perangai kami, masing-masing dah boleh ramal dah. Hafiz dan ida dengan kalutnya. Hehehe.. jangan marah… ziha dengan perangai kebudak-budakkannya. Huhu… aisya dengan suaranya yang menggoda. Hahaha… dan lain-lain lagi. Sekarang kami berada di semester 4 bagi program ijazah sarjana muda pendidikan atau dengan nama lainnya PISMP. Kalau dihitungkan dari semester 1 persediaan dulu, kami sudah masuk semester ke 7 sebenarnya. Dah tua dah pun. Hehe… junior-junior pun dah ramai. Akak kdpm yang masuk sekali dengan kami pun dah grade dah pun. Huhu.. tinggal kami je la yang x grade2 lagi. Xtahu la bile nk grade ni. Tapi bile dah grade nanti mesti kami akan merindui suasana sekarang. Bersama kawan-kawan. Oleh sebab itulah kami mengambil inisiatif untuk menubuhkan blog ini sebagai salah satu catatan kami dan kenangan kami sepanjang menuntut ilmu di IPGM Kampus Sultan Mizan ini.


Sekarang nak citer sikit pasal budak-budak kelas matematik ni. Sejarah budak kelas math di IPGM Kampus Sultan Mizan bermula dengan senior kami yang merupakan pelajar PISMP semester 6 sekarang dan sedang menjalani praktikal di sekolah di sekitar kawasan besut. Kami merupakan anak kedua bagi kelas math di ipgm ksm. Dan kami juga merupakan anak bongsu kerana kami tak ada pun adik2 junior. Tunggu la jugak adik2 junior masuk tiap2 tahun, tapi sampai sekarang tak ada adik pun. Huhuhu... sedih tol la xde adik junior, jadi tak dapatlah nak diperturunkan ilmu kepada adik2 junior math. Hehe.. kelas kami ni agak istimewa la sikit, hehe.. kenapa ek? Kerana kebanyakan pensyarah yang mengajar kelas kami akan suka kepada kami semua... mungkin kami semua ni pandai amek ati penyarah kot, hehe... tak pun memang kami semua ni baik2 dan berjurus belaka. Huhu.. tetapi itulah hakikatnya, pensyarah memang suka kepada kami, budak kelas math sem 4. Hari tue masa wat spot chek tentang kehadiran sebelum boleh pulang sebab H1N1, en. Sabri yang famous dengan kerjanya, tidak begitu terkejut apabila mengetahui bahawa semua budak kelas kami ada masa perhimpunan pagi. Kalau kelas lain tue, biasalah kalau sorang dua yang tiada. Huhu.. tapi kadang-kadang ada jugak di kalangan kami yang pandai skip sebab datang lambat. Huhu.. tapi kenalah pandai2..


Setakat hari ini, kelas math ni telah diperintah oleh 6 orang pemuda yang bagus-bagus dan baik-baik belaka. Dan sekarang, kelas kami berada dibawah pemerintah ke 7. Hehe... agak kalut sedikit semester ni kerana pemerintahnya memang terkenal dengan kalutnya. Siapakah dia? Tunggu... akan dikisahkan nanti. Hehe.. pemerintah pertama yang memegang tampuk pemerintahan kelas math ialah saudara Mohd Afiq Bin Mohamad Nawi. Dia memerintah semasa semester 1 foundation dulu. Kiranya dialah ketua kami yang pertama ketika tue. Masa semester 1 foundation dulu agak banyak lah jugak aktiviti yang kami lakukan bersama. Dan penolongnya masa tue ialah saudari Amie Shafiza binti Shamsuddin. Dia ni merupakan orang yang paling tua dalam kelas kami. Dah boleh jadi bini orang dah pun, hahaha... umurnya sekarang dah mencecah 22 tahun. Masa dia jadi penolong ketua unit dulu umur dia baru 19 manakala kami ni baru 18 tahun. Masih muda remaja lagi. Huhu..


Masuk je semester 2, tampuk pemerintahan telah bertukar tangan. Hehe.. untuk semester 2 ini, saudara Abdul Ghafar Bin Mat Rippin telah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada afiq selepas memenangi pilihanraya umum kelas. Huhu... dan penolongnya ialah saudari Siti Humairah binti Hamin. Sampailah semester 4 ni, Siti Humairah masih lagi menjadi “penolong” kepada Ghafar. Huhu... jangan marah.... semester ke-3 foundation, tampuk pemerintahan diambil alih pula oleh saudara Mohd Nazirul Izzat Bin Zainudin selepas memenangi piliharaya kelas kali ke 3. Dia ni dibantu oleh saudari Aisyaturadiah Binti Muhamad.


Masuk je Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, kami semua telah diperintah oleh saudara Mohd Ridhwan Bin Mustapha. Nampaknya untuk satu sem ni, saudara Ridhwan kita ni terpaksalah berkorban sedikit pada hujung minggu agar tak balik rumah kerana tanggungjawab sebagai seorang ketua unit. Hahaha.. dan sepanjang semester 1 program PISMP ini, saudara Ridhwan telah dibantu oleh saudari Fauziah Binti Hussein. Dan untuk semester ke-2 PISMP, kelas kami telah diperintah oleh Abdul Halim Bin Ab. Latif setelah diadakan piliharaya yang terakhir bagi pemilihan ketua unit kerana pada pilihanraya kali ini, ketua unit untuk smester yang akan datang telah dipilih. Hehe.. jadi kami semua sudah tahulah siapakah ketua-ketua unit untuk semester 3 hingga semester 8 nanti. Hehe... bagi semester 2, Halim telah di bantu oleh saudari Nur Haziha Binti Baharuddin. Smester 3 pula tampuk pemerintahan telah di pegang oleh saudara Muhammad Ariff Bin Afipin dan dibantu oleh Siti Hajaraisya Binti Ramli. Dan sekarang tampuk pemerintahan telah diambil secara paksa oleh Saudara tutoh kita. Hehehe.. iaitu Saudara Hafiz Abd. Qayyum bin Shafie. Dia telah di bantu oleh saudari Nur Hidayati Bin Daud. Nasib baik tak kena dengan Ida Safrina, kalu tak memang kalut giler la kelas math ni. Huhu...


Alkisahnya telah bermula pada entry lepas... sila la baca entry di bawah ni berkenaan saudara tutoh kita... hehehe.. (^-^)

1 Diskusi anda Di sini:

Math Teacher August 8, 2009 at 10:13 PM  

buat semua ahli, semoga semua update mesti diletakkan trademark masing2...mudah untuk dikesan dan dimoderate..hehehehe

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP