SaLam ImtiHaN & SaLam PepeRikSaAn..

>> Tuesday, November 2, 2010

Demam peperiksaan akhir semester telah melanda semua IPG di seluruh Malaysia. Tidak ketinggalan bagi kami guru pelatih matematik IPG Kampus Sultan Mizan yang akan menduduki peperiksaan akhir semester seperti dalam jadual di bawah:

Di sini, kami ingin mengucapkan seLaMat menDudUki peperikSaaN aKhir SemestEr bagi semua guru pelatih di seluruh negara.

Semoga kita semua dapat menjawabnya dengan hati yang tenang dan diberikan kejayaan nanti.

Read more...

Khatam Sudah Kitab BIG

>> Monday, October 25, 2010

Bina Insan Guru Semester 6

24 Oktober 2010 menjadi tarikh keramat buat kami PISMP Matematik Ambilan Januari 2008 apabila menamatkan BIG (Bina Insan Guru) siri ke 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu bersama dengan GURU CEMERLANG MATEMATIK, Puan Hajah Esah Binti Daud.

BIG kali ini memerlukan sesi diskusi bersama dengan GURU CEMERLANG sebagai penanda aras kepada kami apabila bergelar seorang guru kelak. BIG pada kali ini berjalan lancar dan sesi diskusi bersama Puan Hajah Esah bermula seawal jam 9 Pagi dan diakhiri dengan lawatan ke Bilik Matematik sekitar pukul 1 petang.

Daripada sesi diskusi itu, kami ingin berkongsi beberapa azimat ataupun pegangan beliau bermula daripada seorang guru biasa hinggalah bergelar GURU CEMERLANG dan kini memangku jawatan DG54. Antaranya:

1. Guru yang bagus adalah yang LEBIH BANYAK BELAJAR daripada MENGAJAR
2.ABILITY can take you to the top, but CHARACTER will keep you there
3. Orang CEMERLANG sanggup buat apa yang orang BIASA tidak sanggup buat
4. WINNER says, " Let me do it for you but LOSER says,"That is not my job"

dan, yang paling menarik perhatian kami,

PENDIDIKAN akan melayakkan "anak seorang PENOREH" untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan " anak PERDANA MENTERI"

Antara gambaran sepanjang BIG di SMK Seri Budiman:













p/s: klik pada gambar untuk paparan yg lebih jelas.

Read more...

SekiTar 'MaTheMatiCs ExHibiTioN' Part 2

>> Tuesday, October 19, 2010

Suasana Semasa Membuat Persediaan untuk Mathematics Exhibition






Suasana Semasa Mathematics Exhibition






















Suasana Selepas Selesai Mathematics Exhibition
(para ajk mengemaskan booth masing-masing)






p/s: klik pada gambar utk paparan yg lebih jelas

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP