Pg, Cool atau cOoler

>> Sunday, September 27, 2009

kian lama bicara ini beristirehat, kini kisah pg atau nama sebenarnya Mohd hafizi bin Haris Fadzilah bakal dicoretkan di ruangan ini. Insan yang sering dikaitkan dgn istilah "cool" ini mempunyai kelebihan tersendiri dalam bidang matematik. Pg mempunyai IQ yang agak tinggi berbanding teman2 lain dan mampu menjawab soklan2 taraf tinggi dengan cara sendiri...Klu idea yg gIler2, Pelik2 n BanganG2 biasaNya datanG dari Mr.Cooler ni. Kisah pasal Pg ni, boleh la dijenguk2 dekat SINI. Jom kita santai ngn aksi Cool atau Cooler Pg ni...


lomPatlah samPai maTi...

Klu oRg kate jgn petik, JGNlah petik.....

Bila sek suRau jadi RocK

woooowww, ade lipas la td...

2 rinGgit je harGa "puPet" ak...

Bile dh terLampau byk pikir....

Read more...

Mengapa dan MengApa?????

>> Sunday, September 20, 2009

Pada suatu masa, Abu nawas telah bersiar-siar. Setelah kepenatan, Abu Nawas pun berehat di bawah sepohon pokok badam dan di hadapannya terdapat sepokok labu yang menjalar serta mempunyai buah yang sungguh besar.

Melihat kepada saiz kedua-dua buah labu dan badam itu, terdetik di hati Abu Nawas: "maha suci Allah, engkau ciptakan buah labu yang begitu besar ini dari pokoknya yang kecil dan menjalar di bumi, dan engkau jadikan pula buah badam dari batang dan dahannya yang besar.

Sedang Abu Nawas memikirkan tentang mengapalah Allah menciptakan pokok-pokok itu sedemikian rupa, tiba-tiba sebiji buah badam jatuh di atas kepalanya. "Adus"!. Abu Nawas menjerit kerana terkejut. Apabila mendapati yang jatuh di atas kepalanya tadi buah badam,anggota badan Abu Nawas terus menggeletar. Die mula menjadi takut.

Lalu Abu Nawas bermunajat kepada Allah: "ya allah, aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku tidak masuk campur lagi urusan ciptaan engkau. Sesungguhnya tiap kejadianmu ada hikmah disebaliknya.

"Ya Allah, mulai hari ini aku tidak akan mempertikaikan segala kejadian yang telah engkau ciptakan. kalaulah engkau jadikan buah labu diatas pokok yang besar ini dan jikalau buah badam yang jatuh itu adalah labu, maka sudah pasti aku sekarang ini di ambang maut "

p/s: janganlah kita mempertikaikan ketentuan illahi kerana setiap kejadian ada hikmah disebaliknya.

Read more...

SalaM AidilFitri 1430h

>> Thursday, September 17, 2009


Dalam kesibukan mencari Lailatul-Qadar, kami warga Pismp Matematik semester 4 IPGM Kampus Sultan Mizan mengambil kesempatan bagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430h dan kami menyusun sepuluh jari atas segala segala khilaf dan salah kami sepanjang menjadi warga IPGM dan warga blogger ini.

Semoga 'kelahiran' semula kita di hari raya yang mulia ini memberi seribu erti dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh berliku. Dan semoga 'sekolah' Ramadhan yang kita lalui dengan penuh kesabaran dan ketaatan menjadikan kita seorang muslim yang berjaya.

Dedikasi ini kami tujukan khas buat papa tersayang, Encik Zaid Bin Mamat, pensyarah-pensyarah IPGM, warga IPGM, serta kaum muslimin dan muslimat sekalian.

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP