SelamAt hari Guru aka PensyaRah

>> Thursday, May 26, 2011



16 Mei datang lagi.seperti kebiasaanya, ucapan terima kasih cikgu pasti kedengaran di mana2...radio dan Tv pom akan buat ulasan khas sempena HARI GURU nie....kami PISMP MATH pom tidak melepaskan peluang utk mengucapakan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru kami dan pensyarah-pensyarah kami...JAsa kalian tidak mampu kami balas hingga akhir hayat kami....

Sempena HARI GURU taun ni, PISMP MAth sem 7 dgn PPSIMP math sem 2 mengadakan sedikit jamuan utk pensyarah2 JABATAN MATEMATIK...Majlis ini diadakan dengan suasana santai tetapi agak meriah.

Jon kite review perjalanaN majlis ni:

PersiaPan utk majlis



MAjlis BerMula:

ucapan Ketua JabaTan, Puan Zakiah Salleh


Upacara memOtong Kek


masa makan la plk....






.:We are MATHEMATICIANS:.


Read more...

ResT in PeaCe....

>> Saturday, March 12, 2011

10 March 2011, IPG kampus Sultan Mizan digemparkan dengan insiden kemalangan maut yg melibatkan 4 orang pelajar PPISMP drpd kampus ini dan lebih memilukan apabila kemalangan ini melibatkan pensyarah yg juga dr kampus ini. (SINAR HARIAN)

Kami PISMP Matematik Semester 7 mewakili JabataN MatemaTik IPG KSM mengucapkan takziah buat semua keluarga mangsa kemalangan. Semoga ahli keluarga mereka tabah dalam menerima ketentuan ini dan Semoga roh Mendiang bersemadi dengan aman.

Buat pensyarah, eNCIK ISMAIL dr Jabatan Pra Sekolah semoga cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa.


sinar harian, 12/3/2011


REsT in PEacE:

Joseph Phuah, Yap Sin Wei ,Goh Shu Win, M Iniyan

Read more...

Final Year! Sudah bermula

>> Monday, January 3, 2011

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada pengunjung blog. Tahun 2011 telah menjelang tiba dan hari ini iaitu 3 Januari 2011 merupakan hari pertama kami guru pelatih PISMP Math Sem 7 memulakan kelas dengan diketuai oleh Saudara Mohd Hafizi @ CoOL dan dibantu oleh saudari Nur Fazilah @ iLa.

Tahun 2011 merupakan tahun terakhir kami di IPG Kampus Sultan Mizan ini, dan selama lebih 4 tahun setengah kami bersama, pelbagai kenangan suka dan duka telah tercipta dan ada sesetengahnya kami abadikan di dalam Maths iS OuR LiFe ini.

Mungkin tahun inilah merupakan tahun atau 2 semester ter'busy' kami di sini kerana kami perlu membuat kajian tindakan @ Action Research dan juga tesis sebelum kami menamatkan zaman 'guru pelatih' di sini sebelum bergelar guru di skolah nanti. Insya'Allah...

Jadual kelas telah kami perolehi sebelum semester baru ini dibuka lagi melalui web ipg ksm.

...untuk paparan yang lebih jelas, sila klik pada gambar...


Di semester ini juga kami akan menjalani praktikum fasa 3 yang akan bermula pada 30 Januari 2011 dan akan berakhir pada 28 April 2011
di sekolah yang telah ditetapkan oleh unit praktikum dan telah diketahui oleh kami sebelum cuti semester lepas lagi.

Semoga tahun 2011 ini memberikan kami lebih kejayaan dan kenangan yang tercipta selama bersama di IPG KSM ini akan terus di ingatan selepas menamatkan pengajian di sini nanti.


p/s: di sini juga kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam takziah kepada Puan Wan Haspinah (salah seorang pensyarah di jabatan matematik IPG KSM) yang baru sahaja kehilangan ayahanda tercinta. semoga rohnya dicucuri rahmat. sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah. Al-Fatihah...

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP