Kami saYaNg kamu..
>> Friday, May 28, 2010
Di akhir semester ini, kami dikhabarkan akan pertukaran "papa" dan "mama" yang kami semua sayangi . Encik Zaid dan Miss Tan dikhabarkan akan ditukarkan Ke IPG lain disebabkan kenaikan Pangkat. Kami sangat berharap agar perkhabarn ini adalah palsu kerana "anak" mana yang gembira sekiranya kehilangan ibu bapa.
itulah umpamanya jika "papa" dan "mama" kami terpaksa ditukarkan. Papa mulai menjaga kami sejak 2008 semasa kami mula menjenguk pintu ijazah. Papa membimbing kami, memberi semangat kepada kami untuk meneruskan pengajian dengan jayanya. Papa sangat memahami "anak-anak" yang nakal dan sentiasa memberi tunjuk ajar agar anak-anak berjaya dalam bidang ini.
2010 menemukan kami dengan mama tercinta. Kami menerima mama dengan seribu persepsi, ada baik dan buruk..Namun, adat dunia menghilangkan segalanya. Tak kenal makan tak cinta. sebenarnya tuhan telah menganugerahkan kami seorang "mama" yang cukup mengambil berat akan kami. Kami di DIDIK, di tegur dan dibimbing sebagaimana seorang ibu yang sedih apabila anaknya sakit. Begitulah analogi sayangnya " mama" pada kami.
Kami tidak sanggup untuk kehilangan "papa" dan "mama" yang sentiasa berada bersama kami susah dan senang. pepatah ada mengatakan, patah tumbuh hilang berganti namun yang berganti itu tidak sama dengan yang patah. Semester lepas, kami sudah Kehilangan seorang pensyarah yang turut mencuri hati kami. Kami sudah melalui peritnya tanpa insan yang disayangi. dan hingga kini DIA masih terbaik buat kami.
seandainya puan PENGARAh membaca luahan ini, pertimbanglah rayuan kami ini. "Papa" dan "mama" kami sangat berjasa pada kami dan pada Institut ini. Mereka mengeluarkan kami dari belunggu "kejahilan" dan menerangi kami dengan cahaya keilmuan. Institut kita pasti kehilangan insan yang sangat gigih menyampaikan ilmu dan sukar untuk di cari GANTINYA...
K.A.M.I. S.A.Y.A.N.G P.A.P.A & M.A.M.A Read more...