SelamaT bertugas

>> Saturday, January 21, 2012

Alhamdulillah 16hb Januari 2012 menjadi detik bersejarah buat kami semua . Pada tanggal ini, kami secara rasminya menjadi sebahagian daripada keluarga KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA yang bersedia menjunjung aspirasi negara dan bersedia untuk menabur bakti buat anak bangsa.

Seperti yang sedia maklum, 17 daripada 20 ahli keluarga Matematik IPGKSM Ambilan Januari 2008 ditakdirkan untuk menabur bakti di bumi kenyalang, 2 ahli kami di Negeri Sembilan dan Seorang daripada kami setia menjaga bumi bertuah, Terengganu Darul Iman.

Bagi 3 org ahli kami yang ditempatkan di semenanjung, mereka telah melapor diri pada 16hb di Sekolah masing-masing dan 17 orang yang bakal terbang ke Bumi kenyalag perlu melaporkan diri di Pan Pacific KLIA secara berperingkat dan diterbangkan ke Miri, SIbu, Bintulu dan Kuching.

Disinilah permulaan bagi kami sebagai seorang GURU.


Terengganu
 1. Wan Nor HAzlina - Sek. Keb. Durian Mas 1, Dungun, Terengganu.


Negeri Sembilan
1.  Abd Ghafar - Sek Keb Sawah Raja, N9
2. Siti Humairah- Sek Keb Pedas, N9


SARAWAK

Miri
1. Mohd Ubaidullah -SK Long Laput, Baram, Sarawak
2. Aimie Shafiza- SK Tanjung Belipat, Subis, Sarawak
3. Ida Safrina- SK Kelapa Sawit 2, Subis, Sarawak
4. Fauziah- SK Tanjung Belipat, Subis, Sarawak
5. Nurhidayati- SK Bekenu, Bekenu, Sarawak
6. Fazilah - SK Manong, Bekenu, Sarawak

Bintulu
1. Mohd Ridhwan- SK Kg Nyalau, Bintulu,Sarawak
2. Aisyaturradiah- SK Orang Kaya Mohammad, Bintulu, Sarawak


Sibu
1. Abdul Halim - SK Lubuk Bedil
2. Mohd Nazirul Izzat- SK Cardinal Vaughan, Song, Sarawak
3. Mohd Hafiz Abd Qayum- SK Nanga Tiau, Kapit, Sarawak
4. Mohd Hafizi- SK Ulu Pelagus, Kapit, Sarawak
5. Mohamad Afiq- SK Teluk Gelam,Daro, Sarawak
6. Mohd Khairummuzamil- SK Nanga Pelagus, Kapit, Sarawak
7. Siti Hajaraisha- SK Nanga Dap, Kanowit, Sarawak

Kuching
1. Ariff- SK Batang Ai,Kuching,Sarawak
2. Nurhaziha- SK Spinang, Betong, Sarawak


Melapor diri di PAn PAcific KLIA

Taklimat Penerbangan


 
 Makan malam di SIBU


Perjalanan Ke SOng, Sarawak









Read more...

Selamat Bekerja : Di Sini Langkah Kita Bermula

>> Saturday, January 14, 2012

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera buat semua pembaca sekalian...

Alhamdulillah, tanggal 16 Januari 2012, kami serami 20 orang bekas guru pelatih matematik IPG Kampus Sultan Mizan akan memulakan tugas sebagai seorang guru. Bermula detik itu, masing-masing akan bertebaran di serata malaysia (yeke?) dalam memikul amanah sebagai guru.

Tanggal 9 Januari 2012, semua tak sabar2 nak tahu keputusan penempatan.. Duk tunggu2 dr pukul 2 ptg lagi, hingga pukul 3 ptg seperti yg dijanjikan, tp x kuar2 pun lagi result. Kata plop kul 5, tp habuk pun xde. dipostpone ke kul 8 malam, tunggu punya tunggu punya tunggu... nak dekat pukul 12 malam baru kuar result. Alhamdulillah, mungkin kami semua terkejut kot masa mula2 check result tue.. dan yang menangis pun ada kot.. sampaikan bengkak mata tue.. (siapa yg makan minum air, dia yg hilang dahaga) haha..



Lepas tgk2 semua result.. alhamdulillah, 17 orang drpd kami akan naik BELON ke SARAWAK BUMI KENYALANG, 2 orang ke NOGORI 9 dan seorang stay kt teganu jer... Bertuahlah tuan punya badan sape yg dapat semenanjung tue.. almaklumlah, yang dapat semenanjung tu semua dah kawen sebelum hantar borang posting lagi. Tahniah buat Lina yang dpt teganu, dapatlah sentiasa dekat dgn suami terchenta.. bleh la nnt kasi anak kedua or ketiga buat kuarga math ni..huhuh.. Dan tahniah juga buat pasangan Ghafar dan Humairah yang dpt NOgoRi 9.. Nanti bleh la terus berusaha untuk kami dapat anak buah kat sana.. HaHaHa.. dan buat GENG17 yang akan naik BELON nanti.. InsyaAllah, kita akan memikul tanggungjawab sebagai seorang guru di bumi asing bagi kita di sana nanti. InsyaAllah, ada hikmahnya kita semua ditempatkan di sana, dpt la juga belajar bahasa sarawak, mendalami kebudayaan sarawak dan yang paling penting dapat merasai pengalaman berkhidmat dan tinggal di sana. Peluang begini tidak semua orang yg dapat.. bila kita balik semenanjung nnt, bleh la kot kita ceritakan kisah2 kita kt sana kt anak2 cucu kelak.. haha..

dan insyaAllah, reunion pertama kita akan diadakan di SARAWAK nanti. so, sape2 yg duk semenanjung tu, bleh la tempah2 tiket belon nk ke sana nnti.. 

p/s: jumpa nnt di KLIA untuk GENG17.. semoga kita semua cekal di bumi asing di sana.. 



Read more...

:.Tiba Jua saaT itu.:

>> Saturday, November 19, 2011



Kisah Suka duka kami di Bumi ulul Albab ini bermula pada tanggal 10Julai 2006.
Bermula dengan 21 oranG kami cuba menempuh onak dan duri untuk menjadi seorang Guru . Panas yang disangka sampai ke petang tidak kesampaian pabila Hujan turun ditengah hari. Seorang Ahli kami terpaksa meninggalkan perjuangan ini dan meninggalkan kami meneruskan perjuangan ini dengan 20 orang, 10 lelaki dan 10 perempuan.

Bermula dengan 2 orang tutor, Ayah wan (encik Wan Azmi ) dan Encik Anuar. namun jodoh kami tidak lama apabila PAPA (encik Zaid) hadir dalam perjuangan kami pada 2008 saat kami melangkah ke program Ijazah. Hadirnya papa untuk menjadi pelindung dan pembimbing kami selama 4 tahun. Papa sangat memahami kenakalan anak-anaknya serta sabar dengan seribu satu karenah anak-anak termasuklah mengiringi anak-anak berdepan "POLIS" apabila anak-anak ditangkap atas kesalahan "jenayah"....

ni la PAPA kami......

Selama 5tahun bersama, banyak nostalgia yang dikumpul bersama. Ada gelak tawa, ada esak tangis, ada masam manis dan macam2 lagi. namun semua itu akan menjadi lipatan sejaran buat kita semua untuk menempuh satu dunia baru yg lebih mencabar.

2006


2008


2009


2010

2011


Tepat Jam 5 petang 14 November 2011, kami menamatkan ujian terakhir untuk kami menjadi seorang guru dan saat-saat perpisahan mula dapat dihitung dengan jari. Buat Teman sekalian, meskipun perpisahan berlaku nanti namun biarlah segala kenangan serta nostlagia yang kita alami bersama dibawa hingga ke akhir hayat dan kita KEKAL sebagai seorang KAWAN hingga ke akhir hayat.

Gambar KenangaN selepas Exam Last

SEmoga Pertemuan singkat antara kita akan membina ukhuwah selamanya kerana Sekali berKAWAN kita KAWAN selamanya. Semoga kita semua berjaya dalam bidang perguruan ini dan menjadi seorang GURU yang menyayangi dan disayangi.

Terima Kasih Buat semua pensyarah-pensyarah di IPGKSM yang banyak menabur ilmu kepada kami, staf-staf IPGKSM, Makcik dan pakcik pekerja swasta, Tukang-tukang masak kat cafe dan Kantin, rakan-rakan serta semua yang sering membantu sepanjang pengajian kami. Halalkan segala ilmu, makan, minum serta maafkan kami atas kekurangan serta kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang kami berada di sini. Jasa kalian hanya ALLAH yang dapat membalasnya

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP