Final Year! Sudah bermula

>> Monday, January 3, 2011

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada pengunjung blog. Tahun 2011 telah menjelang tiba dan hari ini iaitu 3 Januari 2011 merupakan hari pertama kami guru pelatih PISMP Math Sem 7 memulakan kelas dengan diketuai oleh Saudara Mohd Hafizi @ CoOL dan dibantu oleh saudari Nur Fazilah @ iLa.

Tahun 2011 merupakan tahun terakhir kami di IPG Kampus Sultan Mizan ini, dan selama lebih 4 tahun setengah kami bersama, pelbagai kenangan suka dan duka telah tercipta dan ada sesetengahnya kami abadikan di dalam Maths iS OuR LiFe ini.

Mungkin tahun inilah merupakan tahun atau 2 semester ter'busy' kami di sini kerana kami perlu membuat kajian tindakan @ Action Research dan juga tesis sebelum kami menamatkan zaman 'guru pelatih' di sini sebelum bergelar guru di skolah nanti. Insya'Allah...

Jadual kelas telah kami perolehi sebelum semester baru ini dibuka lagi melalui web ipg ksm.

...untuk paparan yang lebih jelas, sila klik pada gambar...


Di semester ini juga kami akan menjalani praktikum fasa 3 yang akan bermula pada 30 Januari 2011 dan akan berakhir pada 28 April 2011
di sekolah yang telah ditetapkan oleh unit praktikum dan telah diketahui oleh kami sebelum cuti semester lepas lagi.

Semoga tahun 2011 ini memberikan kami lebih kejayaan dan kenangan yang tercipta selama bersama di IPG KSM ini akan terus di ingatan selepas menamatkan pengajian di sini nanti.


p/s: di sini juga kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam takziah kepada Puan Wan Haspinah (salah seorang pensyarah di jabatan matematik IPG KSM) yang baru sahaja kehilangan ayahanda tercinta. semoga rohnya dicucuri rahmat. sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah. Al-Fatihah...

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP